Ahad, 22 Oktober 2017

PROGRAM KEMBARA BAKTI DAKWAH 2017 (KEMBARA '17)

PROGRAM KEMBARA BAKTI DAKWAH (KEMBARA) 2017

1.0      MUQADIMAH

Islam adalah agama yang membawa rahmat buat umat manusia diserata alam. Ia terus berkembang membina generasi umat yang bertamadun dengan mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Rasulullah Sallallahu ’Alayhi Wasallam diutuskan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan risalah kebenaran Islam, agama yang satu-satunya diterima disisi Allah. Tugas ini diteruskan oleh generasi ke generasi melalui para ulama’ dan daie Ilallah. Sejarah telah membuktikan bahawa para ulama’ dan daie ilallah telah bertebaran dimuka bumi sehingga Islam terus berkembang dan diterima oleh manusia diseluruh dunia. Maka, di atas semangat meneruskan sunnatullah perjuangan dakwah yang telah ditinggalkan oleh generasi yang terdahulu membawa kepada tercetusnya cadangan menganjurkan program Kembara Dakwah ke bumi Sabah bagi tahun 2017 ini.


2.0      MATLAMAT

Program Kembara Dakwah 2017 ini adalah kesinambungan daripada program yang seumpanya pada tahun lepas bertujuan untuk merealisasikan matlamat untuk mengajak masyarakat ke arah generasi muslim yang memiliki sifat rabbani dalam menelusuri cabaran kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan dan godaan melalui aktiviti-aktiviti dakwah seperti ceramah motivasi Islam, kuliah, tazkirah serta ziarah mahabbah. Diharapkan program ini mampu menyuburkan kehidupan masyarakat dengan budaya ilmu dan amal soleh sehingga mampu mencetuskan rasa kemahuan dari dalam diri untuk berlumba-lumba dalam melakukan perkara-perkara kebajikan dan taqwa.

3.0      OBJEKTIF

Di antara objektif program Kembara Dakwah 2017 ialah :
1.    Meneruskan legacy perjuangan dakwah Rasulullah Sallallahu ’Alayhi Wasallam
2.    Membina generasi muslim rabbani dalam kalangan masyarakat sekitar Sandakan, Sabah
3.    Mengeratkan ukhuwah antara sesama umat Islam tanpa mengira bangsa dan suku.
4.    Medan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman demi faedah insan seluruhnya.


4.0      TEMA

MUSLIM RABBANI COMMUNITY, OUR UKHRAWI MISSION


5.0      ANJURAN/CADANGAN/KERJASAMA

Intelektual Sufi Service & Education Centre


6.0      SASARAN

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, masjid, surau, institusi, sekolah dll.


7.0      TARIKH/MASA

21- 28 Disember 2017 ( 8 hari 7 malam )


8.0      TEMPAT

Masjid, surau dan madrasah sekitar kawasan daerah Sandakan, Sabah.


9.0      IMPLIKASI KEWANGAN (ANGGARAN)

Sila rujuk lampiran A


10.0    TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran B


11.0    PENUTUP

Diharapkan agar Program ini mampu mencapai matlamat yang telah ditetapkan demi melahirkan generasi yang berilmu, bertaqwa dan memiliki sifat rabbani. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah . Insya Allah.

Sekian , Wassalam .



Disediakan oleh ,



...............................................................................
( USTAZ MAHMUD B. JAMALUDIN )
Trainer & Motivator,
Intelektual Sufi Service & Education Centre,
013-2041392



Lampiran A
IMPLIKASI KEWANGAN*

ANGGARAN PENDAPATAN
Bil.
Perkara
Kuantiti
Jumlah
1.
Peruntukan Penganjur
RM 1,000.00
RM 1,000.00
2.
Jualan Amal (Tepung Kek Ummi)
RM5 x 200 bungkus
RM 1,000.00
3.
Sumbangan Luar
-
RM 3,000.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 5,000.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
Perkara
Kadar Kuantiti
Jumlah
1.
Kos Pengurusan Penceramah
Kos Perjalanan (Tiket Flight)
RM 1,500.00 x 2 orang
RM 3,000.00
Kos Penginapan
-
RM 00.00
Saguhati
-
RM 00.00
Makan & Minum
-
RM 00.00
Jumlah
RM 3,000.00
2.
Kos Pengurusan Program/Aktiviti
Sewa Kenderaan
RM 100.00 x 7 hari
RM 700.00
Cenderamata Peserta Program
RM 5 x 100 orang
RM 500.00
Jamuan Program Motivasi
-
RM 00.00

Rencam (Pelbagai)
-
RM 800.00
JUMLAH
RM 2,000.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 5,000.00
*Anggaran kos yang diperlukan

Lampiran B
TENTATIF PROGRAM & AKTIVITI
21/12/2017 ( Khamis )
Ketibaan rombongan di Terminal Lapangan Terbang Sandakan, Sabah.

22/12/2017 (Jumaat)
Pagi : Kuliah Fiqh Mar’ah
Petang : Khatib Jumaat di Masjid 
Malam : Kuliah/Ceramah Fardhu Ain 1 – Muslim dari Sudut Aqidah (Tuntutan Keimanan)

23/12/2017 ( Sabtu )
Pagi : Program  Alumni Pondok Pesantren Nurul Ihsan di Masjid Daerah Sandakan
Petang : Rehat
Malam : Kuliah/Ceramah Motivasi Remaja Muslim :  ’Ilaajul Quluub

24/12/2017 (Ahad)
Program Berselawat & Majlis Aqiqah

25/12/2017 ( Isnin )
Pagi : Program Rehab Qolbu Remaja Muslimah bersama Kak Musafir Ilmu (Ustzh Asyikin)
Petang : Rehat
Malam : Kuliah/Ceramah Fardhu Ain 2 – Muslim dari Sudut Ibadah (Tuntutan Keislaman)

26/12/2017 (Selasa)
Pagi : Program motivasi remaja : ”Tak Kenal Maka Tak Cinta” (Mengenali Al-Quran)
Petang : Rehat
Malam : Kuliah/Ceramah Fardhu Ain 3 – Muslim dari Sudut Akhlak (Tuntutan Kerohanian)

27/12/2017 ( Rabu)
Slot Ziarah Ukhuwah & Mahabbah ke Institusi pendidikan Tahfiz dan Madrasah/Pondok.

28/12/2017 (Khamis)

Bertolak pulang 

Rabu, 18 Oktober 2017

Generasi Awal Tahfiz Annur Setiu



Ada yang Masih dapat dikesan ada yang belum dapat dikesan... (Saja mahu bertanya khabar)

Khabar yang diketahui setakat ini....

Ada yang dah Jadi AYAH...

Ada yang dah Jadi Imam

Ada yang jadi Usahawan bakal jutawan beriman dan bertaqwa Inshaa Allah

Ada yang duk ngaji di Pondok...

Ada yang kurang pasti situasinya...

Apapun status Dan keadaan kalian, Ustaz doakan semoga kalian tetap Istiqomah Bersama Al-Quran yang tersemat di dalam dada....


Ingatan tulus ikhlas daripada,
Ustaz Mahmud Jamaludin As-Sabahi
Tahfiz AnNur Setiu

Sabtu, 14 Januari 2017

📝 *AKAN DIBUKA FEBRUARI 2017*


📝 *AKAN DIBUKA FEBRUARI 2017*

*Intelektual Sufi Service & Education Centre* sedang berusaha untuk menambah satu lagi ruang tambahan bagi operasi *Pusat Pembangunan Program Pendidikan Intensif, Kuala Nerus, Terengganu* bermula Februari 2017 bagi menampung pertambahan pelajar dan kelas yang akan di adakan.

Antara Program dan Aktiviti yang sedang, akan dijalankan dan dicadangkan adalah:-

1⃣ Program *Tahsin Al-Quran (walk in) Dewasa* untuk 18 tahun dan ke atas yang sudah mampu membaca al-Quran secara asas.

2⃣ *Bengkel Celik Tajwid* 2017

3⃣ Bengkel Kemah Keming *Bahasa Arab PT3 & SPM* 2017

4⃣ Bengkel Intensif Kaedah Asas Bahas Arab : *Belajar Nahu & Sorof Gaya Pesantren* 👍🏻

5⃣ Program-Program *Motivasi dan Pembangunan Modal Insan Remaja* dengan Kerjasama team *Qudwah Legacy Training & Consultancy*

6⃣ *Kelas Tuisyen/ Perkhidmatan Home Tutor & Home Quran* dengan kerjasama *Team Tuisyen Hero*

7⃣ *Jualan Buku Amal & Mini Runcit* bagi menampung kos tempat operasi dan pentadbiran program.



Sehubungan dengan itu, kami di pihak *Intelektual Sufi Service & Education Centre* mengharapkan doa saudara- saudari sekalian serta mengalu-alukan sekiranya berminat sama-sama menyumbang kepada saham akhirat masing-masing melalui Jualan Buku Amal yang kami tawarkan ataupun sumbangan ikhlas.

#KomunitiCelikAl-Quran2017
#MuslimRabbaniCommunity,Our Ukhrawi Mission
#MembangunMindaIntelektualRabbani,MendidikJiwaSetulusSufi
#MisiMembangunGenerasiMelaluiPendidikan


Ikhlas daripada,

Ustaz Mahmud Jamaludin
@Ustazah Nor Asyikin Ab Hamid
@Aktivis Edu Centre @0132041392
@Aku Buku & Cinta Ent.
@ISC Maju Trading
@Qudwah Legacy Training n Consultancy
@Tuisyen Hero

Khamis, 5 Januari 2017

WARNA WARNI KELAS PENGAJIAN 2016


*AL QURAN TEMANKU*
Beriman kepada al Quran adalah salah satu dari rukun iman. Mengakui al Quran dari Allah sahaja masih belum cukup untuk membuktikan kekuatan iman. Ini kerana al Quran mempunyai peranan yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim. Antara permulaan yang baik bagi mengenal al Quran adalah dengan membacanya.



Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda dalam sebuah hadis:
عَنْ أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِىُّ رضى الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
يَقُولُ « اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Maksudnya: Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, bacalah al Quran kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya” (HR. Muslim).



Kelebihan membaca al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis ini tentulah menjadi idaman setiap muslim terutamanya di kala tiada yang mampu memberi pertolongan di hari kiamat.
Justeru itu usahakanlah diri untuk mempelajari membaca al Quran. Jangan malu dan segan untuk belajar membaca walaupun dalam usia yang sudah meningkat. Manakala bagi yang sudah boleh membaca pelajarilah tafsir dan ilmu-ilmu al Quran .



 


Jadikan al Quran sentiasa berada dalam jiwa iaitu dihafal untuk diamalkan. Rasulullah menganjurkan membaca al Quran di dalam solat sebagaimana sabdanya,

عن أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ إِذَا رَجَعَ إِلَى أَهْلِهِ أَنْ يَجِدَ فِيهِ ثَلاَثَ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ قُلْنَا نَعَمْ. قَالَ « فَثَلاَثُ آيَاتٍ يَقْرَأُ بِهِنَّ أَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثِ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَان

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Mahukah salah seorang dari kamu jika dia kembali ke rumahnya mendapati di dalamnya 3 unta yang hamil, gemuk serta besar? Kami (para shahabat) menjawab: Ya. Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Salah seorang dari kamu membaca tiga ayat di dalam solat lebih baik baginya daripada mendapatkan tiga unta yang hamil, gemuk dan besar.” (HR. Muslim).




Alangkah besarnya ganjaran bagi mereka yang melazimi membaca al Quran di dalam solatnya. Untuk mendapat ganjaran tersebut bacalah dengan betul dan hafallah ayat-ayat al Quran.


 



Jika sekarang bukan masa untuk mulakan bila lagi wahai saudaraku? Ust. Sabir 29hb. Dis 2016 
29 Rabiul Awal 1438H 

Isnin, 26 Disember 2016

KELAS PENGAJIAN SESI 2017 DI BUKA



BANTU KAMI UNTUK TERUS BERKHIDMAT KE ARAH MELAHIRKAN 
KOMUNITI CELIK AL-QURAN 2017

Khamis, 27 Oktober 2016

🎓HEBAHAN PROGRAM CUTI SEKOLAH 2016




*AKADEMI INTELEKTUAL SUFI*

📚 *Pengisian* :
1. Modul Tajwid/Tahsin Al Quran
2. Modul Fardhu Ain
3. Modul Akhlak & Motivasi Rohani


Terhad :

20 orang peserta terawal sahaja!


👉Ayuh! Manfaatkan cuti sekolah anak anda...
Cepat daftar sebelum terlambat sementara kuota masih Ada...


 PM whatsapp

Ustaz Mahmud 0132041392

Selasa, 27 September 2016

*Kelas Bimbingan Al-Quran Padang Nenas, Kuala Nerus*

💎Assalamualaikum💎

Lokasi : INTELEKTUAL SUFI SERVICE & EDUCATION CENTRE, KG. GONG PAK JIN, KUALA NERUS, TERENGGANU

🕰 _*JADUAL KELAS PENGAJIAN*_

✔ *Kanak- Kanak 👧🏻👶🏻& Remaja (Lelaki 👦🏻/Perempuan🙋🏻)*

*Sabtu:*
_10.15 hingga 11.45 pagi_
(KELAS PERCUMA!)

_*Jumaat, Sabtu & Ahad*:_
_08.00 hingga 09.30 malam_

✔ *Muslimin Dewasa* 👱🏻👴🏼

_*Sabtu*:_
_09.00 hingga 10.00 pagi_

_*Sabtu*:_
_03.00 hingga 04.00 Petang_

✔ *Muslimat Dewasa* 👩🏻👵🏼

_*Sabtu*:_
_09.00 hingga 10.00 pagi_

_*Sabtu*:_
_05.00 hingga 06.00 Petang_
------------------------------------------------
✔ *Daftar segera! PENGAMBILAN OKTOBER* 💌
***********-**************
✔WhatsApp🔋📞
*Us Mahmud 0132041392*
*Ust Asyikin 0133257709*

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
*Sebarkan Perkara Kebaikan*

✔#🏡 *Khidmat Bimbingan Al Qur'an Secara Personal* selama _*45 MINIT*_ Setiap Sesi (ikut kesesuaian masa) ada disediakan Bagi yang berminat sahaja🗞📝