Isnin, 4 April 2016

UNTUKMU REMAJA & MAHASISWA HARAPAN UMMAH!

Semasa sedang menjalani tugas sebagai seorang mahasiswa sarjana muda pengajian Islam dakwah saya pernah mendapat peluang mengajukan satu persoalan kepada al-fadhil al-Mukarram al-Ustaz Fahmi Zam-Zam dalam satu pertemuan bersama pensyarah-pensyarah dan pelajar UniSZA sempena kehadiran beliau ke Kuala Terengganu pada tahun...
Saya bertanya: Assalamualaikum ustaz, dalam konteks hari ini saya melihat ramai dari kalangan para pelajar-pelajar sekolah, remaja yang telah lama melepasi usia baligh tapi masih tidak memahami dan menguasai ilmu-ilmu asas seperti al-Quran dan fardhu ain. Bagaimanakah cara terbaik dalam usaha menanggapi permasalahan ummah dalam konteks begini?
Saya amat tertarik dengan jawapan yang dikemukakan oleh al-fadhil ustaz dengan memegang 2 point utama dalam jawapan beliau, iaitu :
1. Al-Tadaaruk

Pendakwah harus turun lapangan, tidak cukup dengan hanya menunggu dipanggil atau diminta oleh para mad'u untuk berkongsi apa yang kita ada daripada ilmu yang Allah kurnia...

Mad'u pula tidak seharusnya hanya menunggu dakwah sampai kepadanya tanpa usaha untuk mencari ruang dan peluang menyempurnakan tuntutan menjadi orang yang berilmu dalam kehidupan...

Maka, kedua-dua pihak perlu menyedari akan peranan dan tanggungjawab masing2...
 
2. Al-Jam'u Baina al-Qadim al-Soleh, Wa al-Jadiidu an-Nafi'

Perkembangan pesat dalam kemajuan dunia hari ini menimbulkan pelbagai macam perkara2 baru dalam memenuhi tuntutan keperluan hidup manusia. Maka ada yang boleh dimanfaatkan.

Dalam mendepani cabaran semasa, sikap terbuka perlu ada namun jangan sampai hanyut dengannya. Demikian juga ketegasan perlu ada dalam menyampaikan mesej dakwah namun jangan biarkan ia kelihatan "jumud" atau sempit kerana agama ini mendamaikan dan melapangkan jiwa bila istiqomah bersamanya...

Disiplin ilmu dan adab generasi soleh terdahulu harus terus diteladani, pendekatan-pendekatan dan terknologi-teknologi baru dalam konteks semasa jangan terus ditolak dan dipandang serong...

Zahir manusia memang boleh dilihat, namun keikhlasan hati manusia tidak mungkin kita ketahui. Oleh itu bersama2lah bersangka baik, saling memahami dan tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa...

Masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang kami ada...

Istimewa buat anak-anak remaja anda!

"Hidup menjadi lebih bermakna apabila kita mahu memulakan untuk saling ikhlas dalam memberi"


Semoga usaha yang kerdil ini bisa mendidik kita menjadi insan yang ikhlas dalam dakwah dan ibadah...

Hidup ini adalah mujahadah

Ikhlas daripada,

Ustaz Mahmud Jamaludin As-Sabahi
Ustazah Nor Asyikin Ab Hamid
Trainer & Motivator,
Intelektual Sufi Service & Education Centre
0132041392