Khamis, 5 Januari 2017

WARNA WARNI KELAS PENGAJIAN 2016


*AL QURAN TEMANKU*
Beriman kepada al Quran adalah salah satu dari rukun iman. Mengakui al Quran dari Allah sahaja masih belum cukup untuk membuktikan kekuatan iman. Ini kerana al Quran mempunyai peranan yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim. Antara permulaan yang baik bagi mengenal al Quran adalah dengan membacanya.



Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda dalam sebuah hadis:
عَنْ أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِىُّ رضى الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
يَقُولُ « اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Maksudnya: Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, bacalah al Quran kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya” (HR. Muslim).



Kelebihan membaca al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis ini tentulah menjadi idaman setiap muslim terutamanya di kala tiada yang mampu memberi pertolongan di hari kiamat.
Justeru itu usahakanlah diri untuk mempelajari membaca al Quran. Jangan malu dan segan untuk belajar membaca walaupun dalam usia yang sudah meningkat. Manakala bagi yang sudah boleh membaca pelajarilah tafsir dan ilmu-ilmu al Quran .



 


Jadikan al Quran sentiasa berada dalam jiwa iaitu dihafal untuk diamalkan. Rasulullah menganjurkan membaca al Quran di dalam solat sebagaimana sabdanya,

عن أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ إِذَا رَجَعَ إِلَى أَهْلِهِ أَنْ يَجِدَ فِيهِ ثَلاَثَ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَانٍ قُلْنَا نَعَمْ. قَالَ « فَثَلاَثُ آيَاتٍ يَقْرَأُ بِهِنَّ أَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثِ خَلِفَاتٍ عِظَامٍ سِمَان

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Mahukah salah seorang dari kamu jika dia kembali ke rumahnya mendapati di dalamnya 3 unta yang hamil, gemuk serta besar? Kami (para shahabat) menjawab: Ya. Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Salah seorang dari kamu membaca tiga ayat di dalam solat lebih baik baginya daripada mendapatkan tiga unta yang hamil, gemuk dan besar.” (HR. Muslim).




Alangkah besarnya ganjaran bagi mereka yang melazimi membaca al Quran di dalam solatnya. Untuk mendapat ganjaran tersebut bacalah dengan betul dan hafallah ayat-ayat al Quran.


 



Jika sekarang bukan masa untuk mulakan bila lagi wahai saudaraku? Ust. Sabir 29hb. Dis 2016 
29 Rabiul Awal 1438H 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan