Rabu, 30 Disember 2015

Untukmu Remaja Generasi Harapan Ummah

Semasa sedang menjalani tugas sebagai seorang mahasiswa sarjana muda pengajian Islam dakwah saya pernah mendapat peluang mengajukan satu persoalan kepada al-fadhil al-Mukarram al-Ustaz Fahmi Zam-Zam dalam satu pertemuan bersama pensyarah-pensyarah dan pelajar UniSZA sempena kehadiran beliau ke Kuala Terengganu pada tahun...

Saya bertanya: Assalamualaikum ustaz, dalam konteks hari ini saya melihat ramai dari kalangan para pelajar-pelajar sekolah, remaja yang telah lama melepasi usia baligh tapi masih tidak memahami dan menguasai ilmu-ilmu asas seperti al-Quran dan fardhu ain. Bagaimanakah cara terbaik dalam usaha menanggapi permasalahan ummah dalam konteks begini?

Saya amat tertarik dengan jawapan yang dikemukakan oleh al-fadhil ustaz dengan memegang 2 point utama dalam jawapan beliau, iaitu : 

1. Al-Tadaaruk

Pendakwah harus turun lapangan, tidak cukup dengan hanya menunggu dipanggil atau diminta oleh para mad'u untuk berkongsi apa yang kita ada daripada ilmu yang Allah kurnia...

Mad'u pula tidak seharusnya hanya menunggu dakwah sampai kepadanya tanpa usaha untuk mencari ruang dan peluang menyempurnakan tuntutan menjadi orang yang berilmu dalam kehidupan...

Maka, kedua-dua pihak perlu menyedari akan peranan dan tanggungjawab masing2...


2. Al-Jam'u Baina al-Qadim al-Soleh, Wa al-Jadiidu an-Nafi'

Perkembangan pesat dalam kemajuan dunia hari ini menimbulkan pelbagai macam perkara2 baru dalam memenuhi tuntutan keperluan hidup manusia. Maka ada yang boleh dimanfaatkan.

Dalam mendepani cabaran semasa, sikap terbuka perlu ada namun jangan sampai hanyut dengannya. Demikian juga ketegasan perlu ada dalam menyampaikan mesej dakwah namun jangan biarkan ia kelihatan "jumud" atau sempit kerana agama ini mendamaikan dan melapangkan jiwa bila istiqomah bersamanya...

Disiplin ilmu dan adab generasi soleh terdahulu harus terus diteladani, pendekatan-pendekatan dan terknologi-teknologi baru dalam konteks semasa jangan terus ditolak dan dipandang serong...

Zahir manusia memang boleh dilihat, namun keikhlasan hati manusia tidak mungkin kita ketahui. Oleh itu bersama2lah bersangka baik, saling memahami dan tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa...

Masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang kami ada...

Istimewa buat anak-anak remaja anda!

"Hidup menjadi lebih bermakna apabila kita mahu memulakan untuk saling ikhlas dalam memberi"


Ikhlas dari,

Intelektual Sufi Service & Education Centre,
Kg. Pdg Nenas, Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman
No Hp 013-2041392 (Ustaz Mahmud)

Jumaat, 20 November 2015

Makluman Terkini!



Kepada semua peserta Program Bengkel "Kemah Keming" Bahasa Arab PT3 & SPM Modul Abu Sakeena yang telah mengesahkan pendaftaran diminta untuk hadir sesi pendaftaran penuh dan taklimat ringkas pengenalan ringkas program pada ketetapan berikut:

Tarikh  : 27/11/2015

Hari : Jumaat

Masa : 03.00 hingga 05.00 Petang

Tempat : Pusat Pengajian Intensif Intelektual Sufi Service & Educatio Centre,
               Lot 10500, Jalan Mengabang Telipot,
               Taman al-Ikhlas, Kg. Pdg. Nenas,
                21030 Kuala Nerus, Terengganu.

* Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami di talian:

0132041392 (Ustaz Mahmud)

Jumaat, 13 November 2015

KHIDMAT KONSULTASI BIJAK NAHU & SOROF

Sesungguhnya Allah ta'ala menurunkan kitab-Nya dengan bahasa Arab dan menjadikan rasul-Nya sebagai orang yang menyampaikan Al-Kitab dan As-Sunnah dari-Nya menggunakan bahasa Arab. Allah ta'ala juga menjadikan orang-orang yang pertama masuk ke dalam agama Islam ini berbicara dengan bahasa Arab. Maka tidak ada jalan untuk mengenal dan memahami agama ini kecuali dengan memahami bahasa tersebut.

 

Apakah Anda Ingin Faham Bahasa Arab?
Perlu diketahui bahwa ilmu bahasa Arab memiliki dua belas cabang, di antaranya adalah Ilmu Nahwu. Ilmu Nahwu adalah ilmu tentang kaedah-kaedah yang dengannya dapat diketahui hukum-hukum akhir kata dalam bahasa Arab ketika sudah tersusun dalam kalimat.
Para ulama telah menulis banyak kitab dalam bidang Nahwu. Di antaranya ada yang berupa ringkasan (matan), di antaranya ada pula yang berupa pembahasan panjang. Di antara karya ulama dalam bidang Nahwu yang berupa ringkasan adalah Matan Al Ajurrumiyyah.




Ya,  Al Ajurrumiyyah adalah sebuah kitab karya Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Dawud Ash Shanhaji (lebih dikenal dengan sebutan Ibnu Ajurrum). Kitab ini telah popular di seluruh dunia sebagai pelajaran dasar di dalam ilmu Nahwu. Banyak pondok pesantren di negara kita yang memasukkan kitab ini ke dalam kurikulum pembelajaran bahasa Arab mereka.
"Bagaimanakah Cara Mempelajari Al Ajurrumiyyah dengan Baik Sehingga Kita Mampu Membaca Kitab Bahasa Arab tanpa baris?"


Jawapannya adalah..
KHIDMAT KONSULTASI BIJAK NAHU & SOROF
bersama 
Intelektual Sufi Service & Education Centre (TR0149588-V)

Melalui 

Program Perintis A.K.T.I.V.I.S. 2020
Akademi Komuniti Ta'lim Intensif Versatil Intelektual Sufi 2020


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


النحو أولى أوّلا أن يعلم   *   إذ الكلام دونه لن يفهما
“Ilmu nahwu itulah yang lebih utama mula dipelajari *
Kerana perkataan tanpa ilmu nahwu itu tidak dapat difahami”


Akhi fillah, perkenalkan, saya Mahmud bin Jamaludin As-Sabahi, pengendali blog www.intelektualsufiservice.blogspot.com.my
Anda mungkin pernah mendengar keluhan dari teman, atau bahkan Anda sendiri yang berkata,"Saya sudah lama belajar kaedah Bahasa Arab, tapi kenapa belum faham-faham juga ya?"
"Saya sudah belajar bermula sekolah rendah lagi, melalui buku terjemah Jurumiyyah, terjemah Tuhfah Saniyyah, tapi tetap masih belum menguasainya?"
Sekarang di hadapan anda, saya cuba menawarkan kepada anda peluang untuk mempelajari Ilmu Nahwu Cara Mudah Gaya Pesantren berpandukan Kitab Matan Al Ajurrumiyyah. 

Memperkenalkan kepada anda...