Ahad, 22 Oktober 2017

PROGRAM KEMBARA BAKTI DAKWAH 2017 (KEMBARA '17)

PROGRAM KEMBARA BAKTI DAKWAH (KEMBARA) 2017

1.0      MUQADIMAH

Islam adalah agama yang membawa rahmat buat umat manusia diserata alam. Ia terus berkembang membina generasi umat yang bertamadun dengan mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Rasulullah Sallallahu ’Alayhi Wasallam diutuskan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan risalah kebenaran Islam, agama yang satu-satunya diterima disisi Allah. Tugas ini diteruskan oleh generasi ke generasi melalui para ulama’ dan daie Ilallah. Sejarah telah membuktikan bahawa para ulama’ dan daie ilallah telah bertebaran dimuka bumi sehingga Islam terus berkembang dan diterima oleh manusia diseluruh dunia. Maka, di atas semangat meneruskan sunnatullah perjuangan dakwah yang telah ditinggalkan oleh generasi yang terdahulu membawa kepada tercetusnya cadangan menganjurkan program Kembara Dakwah ke bumi Sabah bagi tahun 2017 ini.


2.0      MATLAMAT

Program Kembara Dakwah 2017 ini adalah kesinambungan daripada program yang seumpanya pada tahun lepas bertujuan untuk merealisasikan matlamat untuk mengajak masyarakat ke arah generasi muslim yang memiliki sifat rabbani dalam menelusuri cabaran kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan dan godaan melalui aktiviti-aktiviti dakwah seperti ceramah motivasi Islam, kuliah, tazkirah serta ziarah mahabbah. Diharapkan program ini mampu menyuburkan kehidupan masyarakat dengan budaya ilmu dan amal soleh sehingga mampu mencetuskan rasa kemahuan dari dalam diri untuk berlumba-lumba dalam melakukan perkara-perkara kebajikan dan taqwa.

3.0      OBJEKTIF

Di antara objektif program Kembara Dakwah 2017 ialah :
1.    Meneruskan legacy perjuangan dakwah Rasulullah Sallallahu ’Alayhi Wasallam
2.    Membina generasi muslim rabbani dalam kalangan masyarakat sekitar Sandakan, Sabah
3.    Mengeratkan ukhuwah antara sesama umat Islam tanpa mengira bangsa dan suku.
4.    Medan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman demi faedah insan seluruhnya.


4.0      TEMA

MUSLIM RABBANI COMMUNITY, OUR UKHRAWI MISSION


5.0      ANJURAN/CADANGAN/KERJASAMA

Intelektual Sufi Service & Education Centre


6.0      SASARAN

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat, masjid, surau, institusi, sekolah dll.


7.0      TARIKH/MASA

21- 28 Disember 2017 ( 8 hari 7 malam )


8.0      TEMPAT

Masjid, surau dan madrasah sekitar kawasan daerah Sandakan, Sabah.


9.0      IMPLIKASI KEWANGAN (ANGGARAN)

Sila rujuk lampiran A


10.0    TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran B


11.0    PENUTUP

Diharapkan agar Program ini mampu mencapai matlamat yang telah ditetapkan demi melahirkan generasi yang berilmu, bertaqwa dan memiliki sifat rabbani. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah . Insya Allah.

Sekian , Wassalam .



Disediakan oleh ,



...............................................................................
( USTAZ MAHMUD B. JAMALUDIN )
Trainer & Motivator,
Intelektual Sufi Service & Education Centre,
013-2041392



Lampiran A
IMPLIKASI KEWANGAN*

ANGGARAN PENDAPATAN
Bil.
Perkara
Kuantiti
Jumlah
1.
Peruntukan Penganjur
RM 1,000.00
RM 1,000.00
2.
Jualan Amal (Tepung Kek Ummi)
RM5 x 200 bungkus
RM 1,000.00
3.
Sumbangan Luar
-
RM 3,000.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 5,000.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
Perkara
Kadar Kuantiti
Jumlah
1.
Kos Pengurusan Penceramah
Kos Perjalanan (Tiket Flight)
RM 1,500.00 x 2 orang
RM 3,000.00
Kos Penginapan
-
RM 00.00
Saguhati
-
RM 00.00
Makan & Minum
-
RM 00.00
Jumlah
RM 3,000.00
2.
Kos Pengurusan Program/Aktiviti
Sewa Kenderaan
RM 100.00 x 7 hari
RM 700.00
Cenderamata Peserta Program
RM 5 x 100 orang
RM 500.00
Jamuan Program Motivasi
-
RM 00.00

Rencam (Pelbagai)
-
RM 800.00
JUMLAH
RM 2,000.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 5,000.00
*Anggaran kos yang diperlukan

Lampiran B
TENTATIF PROGRAM & AKTIVITI
21/12/2017 ( Khamis )
Ketibaan rombongan di Terminal Lapangan Terbang Sandakan, Sabah.

22/12/2017 (Jumaat)
Pagi : Kuliah Fiqh Mar’ah
Petang : Khatib Jumaat di Masjid 
Malam : Kuliah/Ceramah Fardhu Ain 1 – Muslim dari Sudut Aqidah (Tuntutan Keimanan)

23/12/2017 ( Sabtu )
Pagi : Program  Alumni Pondok Pesantren Nurul Ihsan di Masjid Daerah Sandakan
Petang : Rehat
Malam : Kuliah/Ceramah Motivasi Remaja Muslim :  ’Ilaajul Quluub

24/12/2017 (Ahad)
Program Berselawat & Majlis Aqiqah

25/12/2017 ( Isnin )
Pagi : Program Rehab Qolbu Remaja Muslimah bersama Kak Musafir Ilmu (Ustzh Asyikin)
Petang : Rehat
Malam : Kuliah/Ceramah Fardhu Ain 2 – Muslim dari Sudut Ibadah (Tuntutan Keislaman)

26/12/2017 (Selasa)
Pagi : Program motivasi remaja : ”Tak Kenal Maka Tak Cinta” (Mengenali Al-Quran)
Petang : Rehat
Malam : Kuliah/Ceramah Fardhu Ain 3 – Muslim dari Sudut Akhlak (Tuntutan Kerohanian)

27/12/2017 ( Rabu)
Slot Ziarah Ukhuwah & Mahabbah ke Institusi pendidikan Tahfiz dan Madrasah/Pondok.

28/12/2017 (Khamis)

Bertolak pulang 

Rabu, 18 Oktober 2017

Generasi Awal Tahfiz Annur Setiu



Ada yang Masih dapat dikesan ada yang belum dapat dikesan... (Saja mahu bertanya khabar)

Khabar yang diketahui setakat ini....

Ada yang dah Jadi AYAH...

Ada yang dah Jadi Imam

Ada yang jadi Usahawan bakal jutawan beriman dan bertaqwa Inshaa Allah

Ada yang duk ngaji di Pondok...

Ada yang kurang pasti situasinya...

Apapun status Dan keadaan kalian, Ustaz doakan semoga kalian tetap Istiqomah Bersama Al-Quran yang tersemat di dalam dada....


Ingatan tulus ikhlas daripada,
Ustaz Mahmud Jamaludin As-Sabahi
Tahfiz AnNur Setiu